Pertandingan Basikal Berhias Bersama KRT

15 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 14 September lepas, PI Kg Sg Imam dengan kerjasama rukun tertangga Kg Sg Imam yang dipengerusikan oleh En Paimin Paidi telah mengadakan satu pertandingan basikal berhias yang bertemakan kemerdekaan bertujuan untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan dan hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun. Di samping itu, pertandingan ini dilakukan untuk mengasah daya kreativiti para peserta dan kerjasama daripada ibu-bapa untuk sama-sama bersemangat membantu anak masing-masing menghias basikal mereka.

Pertandingan ini melibatkan penglibatan pelajar sekolah rendah Sungai Imam seramai lebih kurang 10 orang pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Aktiviti bermula pada pukul 10.00 pagi berakhir sekitar pukul 11.00 pagi. Aktiviti tepat bermula sekitar 10.00 pagi apabila peserta yang mengambil bahagian diminta untuk mengambil tempat masing-masing dan meletakkan basikal mereka sebaris untuk melalui sesi penilaian daripada juri yang hadir.

Basikal yang akan menjurai pertandingan ini dinilai berdasarkan daripada kekemasan perhiasan yang diletakkan ke atas basikal masing-masing, mengikuti tema yang dikehendaki iaitu tema kemerdekaan 61 tahun dan Hari Malaysia. Karekter tambahan juga akan dinilai dan dijadikan markah bonus kepada peserta. Aktiviti berakhir sekitar pukul 10.30 setelah peserta selesai dinilai dan diumumkan pemenang tempat pertama dan seterusnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali